Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD dijangkakan akan diniagakan dengan risiko kecednerungan lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen USD yang melemah dan permintaan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah penghindaran risiko yang kian menurun dan perbezaan kepentingan NZD-USD. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini sedang diganggu oleh harga tenusu yang melemah dan penjualan dolar NZ pada pasangan mata wang AUD/NZD. Carta harian dilihat masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran penurunan harga, stokastik akan kekal berada di bawah tekanan di zon terlebih jual, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian berkurangan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8485 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8505. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8375. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8350. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8420.
Tahap Rintangan:
0.8485
0.8505
0.8530
Tahap Sokongan:
0.8375
0.8350
0.8315