Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran mendatar, di sekitar harga 1,310.00. Kami masih lagi menunggu pergerakkan harga yang lebih besar dan jumlah yang lebih besar (aktiviti). Mengikut pada carta 4H, kami mendapati bahawa terdapat permintaan yang melemah di dalam pasaran, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan membeli kelihatan amat berisiko. Kita juga boleh melihat penolakan harga daripada Penarikan Semula Fibonacci 61.8% kami pada harga 1,320.00. Walau bagaimanapun, sekiranya harga menembusi pada tahap harga 1,321.00 pada jumlah yang lebih tinggi, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat harga menguji pada tahap 1,343.00.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1,312.41
R2: 1,313.95
R3: 1,316.43
Tahap Sokongan:
S1: 1,307.45
S2: 1,305.91
S3: 1,303.43
Cadangan Perdagangan: Pesanan membeli Emas kelihatan amat berisiko sebagaimana kita mempunyai penolakan harga yang berjaya daripada Penarikan Semula 61.8%.