Carta Harian: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk mengukuh di atas harga 81.50, namun tidak berjaya. Kini, USDX kekal didagangkan di bawah tahap rintangan yang terletak pada 81.50 dan terus membentuk corak kenaikkan harga. Sekiranya Indeks USDX menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga mencecah ke tahap 82.51.
Carta 4H: Indeks USDX kelihatan masih mencari rintangan di dalam garisan aliran menaik yang terletak pada tahap 81.70, oleh yang demikian instrumen ini telah membuat penarikan semula harga dan mungkin jatuh ke tahap sokongan 81.28. Juga, sekirnaya Indeks USDX ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 81.02, di mana purata pergerakkan 200-hari terletak.
Carta 1H: Indeks USDX telah membuat penarikan semula harga pada tahap 81.68 dan kini mengukuh di bawah tahap rintangan 81.58. Indeks USDX ini berkemungkinan besar akan jatuh ke tahap 81.40, di mana SMA 200 terletak. Jika USDX menembusi pada tahap itu, maka adalah dijangkakan bahawa harga akan jatuh ke tahap 81.19. Petunjuk MACD adalah negatif.