Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik sebelum keputusan FOMC diumumkan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen risiko pelabur yang positif dan permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah terjejas ekoran daripada jualan eksport Jepun. Tetapi sentimen GBP juga terjejas akibat daripada laporan IHP UK bulan Ogos yang mencatatkan bacaan lebih rendah berbanding ramalan iaitu + 1.5% pada tahunan (berbanding ramalan + 1.6%). Keuntungan bagi pasangan GBP/USD ini juga diganggu oleh ketidakpastian mengenai referendum kemerdekaan Scotland pada hari Khamis.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan kini berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat, wlaau bagaimanapun stokastik kini dilihat telah beralih kepada aliran menurun di zon terlebih beli; corak 'inside-day-range' telah selesai pada hari Selasa.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 175.90 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 176.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 173.75. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 172.95. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 174.45.
Tahap Rintangan:
175.90
176.40
176.95
Tahap Sokongan:
173.75
172.95
172.60