Analisis Teknikal pada EUR/JPY untuk 18 September 2014

Gambaran am untukĀ 18/09/2014 15:00 CE

Perkiraan penurunan impulsif lain telah pun terbatal pada rangka masa rendah,maka kali ini adalah waktu untuk memeriksa rangka masa yang besar dan mengemas kini semua unjuran untuk pasangan ini.

Bermula daripada carta mingguan,struktur impulsif dalam gelombang besar 1 biru telah pun selesai dan untuk 50% waktu pada gelombang 1 pasaran telah pun berada dalam kitaran pembetulan yang kompleks yang telah pun disempurnakan minggu ini dan ditandakan sebagai gelombang besar biru 2.Pengesahan pertama hadir dengan penembusan garisan aliran emas jangka masa panjang dan unjuran sekarang kelihatan menaik tetapi perlu berhati-hati:kitaran pembetulan dalam gelombang biru 2 tidak memenuhi kriteria anjakkan minimum 23% Fibo.Ini bermakna kitaran pembetulan adalah tidak perlu selesai dengan penuhnya,tetapi ini mungkin menjadi peringkat pertama pada gelombang biru 2 yang lebih kompleks.Namun,ketika ini tiada sebab atau bukti untuk mengatakan bahawa senario mungkin sah dan fokus perlu berada pada progres gelombang menaik yang impulsif ke arah atas.

Satu persoalanya adalah mengenai struktur dalaman pada progres gelombang dalam struktur pembetulan semasa yang kompleks.Pada rangka masa H4 saya telah menunjukkan kemungkinan lain untuk progres gelombang kenaikkan ke arah atas,tetapi kitaran yang berbeza sedang diperhatikan sekarang;ianya samada permulaan pada gelombang besar biru 3,atau gelombang impulsif terakhir,ditandakan sebagai gelombang unggu 5.Masa akan menentukan bahagian apakah pada pasaran kitaran sedang membentuk.

Kembali pada carta urusniaga harian H1,kita boleh melihat progres gelombang impulsif ke arah atas dan sasaran unjuran seterusnya adalah pada tahap 140.76.



Sokongan/Rintangan:
140.76 - WR1
140.20 - Rintangan Urusniaga Harian
139.82 - Sokongan Urusniaga Harian
138.30 - Pivot Mingguan
138.25 - 138.41 - Zon Penembusan Bekalan

Cadangan Perdagangan:
Pedagang harianĀ perlu menghalang diri daripada berdagang sehingga kitaran pembetulan akan menghasilkan peluang untuk membuka posisi beli.
Pedagang swing perlu beli pada harga rendah dalam pasaran ini dengan SL awal bawah tahap 138.24 dan membuka TP.