Harga emas telah menyatakan isyarat membeli jangka pendek pada hari semalam selepas ia menembusi di atas rintangan $ 1,230. Harga emas dilihat telah melonjak di atas $ 1,234 dan ditarik kembali ke arah sokongan $ 1,220-25. Aliran jangka pendek telah ditukar kepada aliran menaik dan kita dapat melihat lantunan kenaikkan harga menuju ke arah harga $ 1,250 selagi Emas kekal didagangkan di atas $ 1,215.
Garisan Biru = sokongan
Garisan Hijau = Salruan harga
Harga emas kekal didagangkan dalam aliran menurun untuk dagangan jangka panjang. Harga dilihat masih berada di bawah awan Ichimoku dan di dalam saluran condong penurunan harga. Harga telah membuat lantunan yang kuat daripada tahap $ 1,208 hingga ke tahap $ 1,234 dan anda masihberpeluang untuk melihat lantunan harga lebih tinggi ke arah $ 1,250.
Garisan Biru = Sokongan Jangka Panjang
Harga emas di dalam carta harian kelihatan seperti berada di atas dan cuba untuk melantun menuju ke arah Penarikan semula 38% daripada penurunan dari tahap 1,295. Emas berkemungkinan besar akan ditolak ke arah harga $ 1,250, walau bagaimanapun pedagang harus diingatkan bahawa aliran pasaran emas ini masih menurun dan berlawan dengan aliran harga yang sentiasa berisiko daripada mengikuti arah aliran pasaran. Saya lebih suka untuk kekal neutral buat masa sekarang dan tunggu untuk melihat jika harga emas berjaya mencecah pada harga $ 1,250 atau jika ia menembusi di bawah sokongan utama pada tahap $ 1,215-10.