Analisis Teknikal Emas untuk 26 September, 2014

Tinjauan Tenikal dan Persediaan Carta:

Emas kelihatan seolah-olah akan membentuk 'double bottom' berhampiran pada harga $ 1,200.00 seperti yang dapat anda perhatikan di sini. Penolakan harga diatas tahap $ 1,235.00 pada masa sekarang, akan mengesahkan perkara yang sama. Sepertimana yang dapat diperhatikan pada carta harian di sini, emas dilihat sedang cuba untuk menembusi garisan dalaman rintangan pada paras semasa. Sebaik sahaja ditembusi, Emas berpotensi untuk melonjak naikke tahap yang lebih tinggi sehingga mencecah pada harga $ 1,250.00 dan $ 1,270.00, sebelum ia menghadapi garisan rintangan yang selanjutnya. Rintangan serta merta buat masa sekarang didapati terletak pada tahap $ 1,240.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,273.00/75.00 dan lebih tinggi. Manakala sokongan pula dilihat berada pada harga $ 1,200.00 dan $ 1,180.00/85. Ia masih disyorkan untuk kekal membeli buat masa sekarang dan juga perhatikan peluang untuk menambah kedudukan lagi diatas tahap $ 1,235.00.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahapĀ $1,203.50, dan sasaran sekurang-kurangnya pada tahap $1,250.00.

Semoga berjaya!