EUR/USD: Amat mengejutkan, pasangan mata wang EUR/USD terus menjunam ke tahap yang lebih rendah. Ia telah menguji garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.2700 dan didagangkan semula sedikit lebih tinggi. Garisan sokongan ini berkemungkinan besar akan diuji sekali lagi; dengan prospek penurunan harga di dalam pasaran, garisan sokongan pada tahap 1.2700 juga berpotensi ditembusi untuk aliran harga yang lebih rendah.
USD/CHF: Selagi pasangan mata wang EUR/USD didagangkan dalam aliran menurun, maka pasangan USD/CHF ini akan kekal mengukuh. Pasangan ini telah mencapai tahap tinggi luar biasa selepas berjaya menembusi tahap rintangan satu demi satu. Tahap rintangan yang terletak pada 0.9500 telah diuji sebelum penarikan semula harga sedikit lebih rendah berlaku. Harga berpotensi untuk melonjak lebih tinggu untuk menguji rintangan yang selanjutnya.
GBP/USD: Pasaran ini kelihatan masih didagangkan di dalam zon keseimbangan, sebagaimana kekuatan aliran menaik dan menurun adalah sama. Oleh itu, adalah disarankan kepada para pedagang untuk tidak berdagang dengan pasaran mata wang ini sehingga terdapat aliran harga yang lebih jelas. Didapati terdapat isyarat yang bercampur-campur di dalam carta.
USD/JPY: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menaik - hasil daripada pengukuhan mata wang USD. Dolar AS, sebenarnya, adalah merupakan salah satu mata wang yang paling kukuh di kalangan mata wang utama yang lain buat masar sekarang. Tahap bekalan yang terletak pada tahap 109.50 kekal sebagai sasaran yang berpotensi untuk ditembusi, walau bagaimnapun masih terdapat kemungkinan penarikan semula harga ketara didalam carta.
EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini kekal didagangkan dalam aliran menurun dan telah menyebabkan Corak Pengesahan Penurunan harga di dalam carta. Harga kini telah menembusi EMA 56 untuk aliran menurun, dan tempoh RSI 14 telah menembusi tahap 50 juga untuk aliran menurun. Isyarat 'menjual' yang sah. Harga telah melintasi tahap bekalan pada 139.00 ke arah bawah, dan ia perlu mengekalkan kedudukannya di bawah zon bekalan, supaya isyarat penurunan harga kekal sah.