Huraian
Sepertimana yang dapat anda perhatikan pada carta 4H hari ini, Perak didagangkan stabil di atas sokongan yang terletak pada tahap 17.50 setelah gagal untuk menembusi tahap sokongan 17.30 dan melantun dari tahap tersebut. Pada masa ini, kita perlu menunggu sehingga harga menguji semula sokongan yang terletak pada tahap 17.50 sekali lagi dan menutup di bawah tahap tersebut untuk mendapatkan peluang penurunan harga yang selanjtunya. Dalam kes ini, kita akan mempunyai peluang yang baik untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap sokongan hingga harga menguji sokongan seterusnya di tahap 17.30. Oleh itu, kita boleh mempertimbangkan bahawa sasaran pertama terletak beberapa pips di atas tahap sokongan ini, tetapi selagi harga masih didagangkan di atas tahap sokongan 17.50, maka ia akan membatalkan senario aliran menurun.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (18.30), R2 (18.00), R1 (17.75), S1 (17.50), S2 (17.30), S3(17.00).