Selepas menguji tahap harga sekitar 1.7180 dalam Julai, penurunan harga dilihat telah memulakan aliran arah bawah yang dikekalkan dalam saluran penurunan yang ditunjukkan.
Jurang penurunan mingguan yang terdahulu kira-kira 150 pip.Ini membolehkan aliran menurun untuk menguji tahap 1.6058 tidak lama selepas itu (hari Selasa).
Pemulihan kenaikkan harga yang ketara digambarkan di sekitar tahap 1.6070.Graf harian penyelubungan kenaikkan ditunjukkan pada minggu ini menghala ke arah 61.8% tahap Fibonacci yang terletak berhampiran pada tahap 1.6400.
Tahap harga pada 1.6400 bertindak sebagai rintangan harian yang menonjol.Zon harga ini adalah berpadanan dengan 61.8% tahap Fibonacci juga sebagai had atas saluran pergerakkan semasa.
Senario penurunan harga ini telah didorong oleh graf harian shooting star apabila pasangan meningkat kepada 1.6515 awal Jumaat. Penutupan harian dalam saluran melanjutkan arah aliran menurun.
Pasangan GBP/USD telah pun menurun hampir enam minggu.Selain itu,momentum penurunan kekal ditolak rendah tanpa pembetulan menaik yang ketara.
Seperti yang dijangkakan,penetapan kenaikkan atas tahap harga pada 1.6150 (tahap tertinggi Semalam) dan 1.6275 (neckline pada corak pembalikkan 123) membolehkan pergerakkan kenaikkan untuk bergerak ke arah 1.6350 dan 1.6410 (61.8% tahap Fibonacci).
Keputusan referendum bahawa Scotland akan kekal bersama United Kingdom telah mendorong pasangan untuk melonjak naik menuju ke arah tahap 1.6515 pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, penolakan penurunan harga serta-merta telah kelihatan tidak lama kemudian.
Secara teknikalnya,kemasukkan pesanan MEMJUAL dicadangkan pada ujian semula pada tahap harga sekitar 1.6410. Kedudukan ini sedang mengaut keuntungan pada masa sekarang. Penetapan 4H bawah 1.6330 perlu untuk meneruskan pergerakkan penurunan semasa.
Ini dipertingkatkan lagi oleh turutan tahap tinggi yang lebih rendah seperti yang dinyatakan pada carta 4H dalam tempoh beberapa hari yang lalu.