Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mngukuh di dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan ini telah dilemahkan oleh dana pembiayaan dagangan JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (tolok ketakutan VIX meningkat 17.86% kepada 15.64, S&P 500 ditutup 1.62% lebih rendah pada 1,965.99 semalam) ekoran daripada kebimbangan peserta pasaran mengenai pertumbuhan ekonomi dan ketegangan geopolitik global - data minggu ini menunjukkan pertumbuhan tidak berkembang di seluruh negara Eropah dan China, Gabenor Bank of England, Mark Carney memaklumkan pada hari Khamis bahawa kenaikan kadar faedah yang adalah semakin hampir, rang undang-undang telah diperkenalkan di Parlimen Rusia pada hari Rabu dan ia akan membolehkan kerajaan untuk mengawal aset asing di tanah Rusia, pampasan Rusia apabila harta mereka disita di tempat lain seperti sekatan Barat mengambil tol mereka. Pasangan USD/JPY ini juga dipengaruhi dengan 18.2% penurunan yang lebih besar daripada yang dijangkakan dalam laporan pesanan barangan tahan lama bulan Ogos (berbanding ramalan - 17.5%), kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (10 tahun pada 2.504% berbanding 2.569% lewat Rabu) dan jualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/JPY ini dipengaruhi oleh tuntutan pengangguran AS yang mencatatkan bacaan lebih rendah iaitu 293,000 berbanding ramalan pada minggu berakhir 20 September (ramalan 296,000) dan sentimen dolar yang positif (Spopt Indeks ICE terdahulu 85.19 berbanding 85.06 awal hari KHAMIS) sebagaimana performa ekonomi Amerika Syarikat direkodkan lebih baik berbanding ekonomi utama yang lain, dasar kewangan yang lebih longgar oleh Bank of Jepun dan permintaan daripada pengimport dan kedudukan pelarasan Jepun sebelum hujung minggu.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, walau bagaimanapun stokastik kini dilihat telah bertukar kepada aliran penurunan harga di zon terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 108.80; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 108.45. Titik pangsi kekal berada pada tahap 109.50. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 109.70 dan sasaran kedua pada tahap 110.
Tahap Rintangan:
109.70
110
110.35
Tahap Sokongan:
108.80
108.45
108.20