Daily analysis of USDX for October 01, 2014

Pada carta harian, anda boleh melihat bahawa USDX akhirnya telah menembusi rintangan yang terletak pada tahap 86.20, sebagaimana USDX telah menjadi sangat kukuh dalam aliran menaik ekoran daripada aliran harga yang impulsif setelah beberapa petunjuk ekonomi di Amerika Syarikat dikeluarkan. Indeks USDX berkemungkinan akan mula membentuk corak harga yang lebih tinggi untuk menembusi tahap rintangan 86.20 dan mara ke sasaran seterusnya pada tahap 87.35. Walau bagaimanapun, USDX berpotensi untuk mula memasuki fasa pengukuhan.

Tahap rintangan carta harian: 86.20 – 87.35

Tahap sokongan carta harian : 85.18 – 84.29

Berdasarkan pada carta 1H, kami mendapati bahawa terdapat keadaan yang agak pelik pada USDX, sebagaimana instrumen ini didapati mempunyai sokongan pada tahap yang sama untuk tempoh beberapa jam berturut-turut dalam sesi dagangan hari semalam. Tahap sokongan ini terletak pada 85.62, di mana USDX telah membuat lantunan semula terhadap daya yang dikenakan oleh aliran menaik. USDX kini dilihat masih mengukuh di atas SMA 200. .

Tahap rintangan carta 1H: 85.95 – 86.17

Tahap aokongan carta 1H : 85.73 – 85.49

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 85.95, take profit di tahap 86.17, dan stop loss pada tahap 85.73.