Analisis Teknikal NZD/USD untuk 01 Oktober, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Pasangan mata wang NZD/USD ini disokong oleh permintaan mata wang dolar NZ berbanding mata wang utama. Tetapi keuntungan bagi pasangan NZD/USD ini sedang diganggu oleh sentimen dolar yang positif, selera risiko pelabur yang kian berkurangan dan juga ancaman bahawa bank pusat akan campur tangan untuk melemahkan NZD. kadar harga bagi pasangan ini disokong oleh sentimen dolar yang positif (Indeks Sport Dolar ICE menembusi tahap tinggi empat tahun 86.218 pada hari Selasa, terdahulu pada tahap 85.93 berbanding 85.62 awal hari Selasa) dasar monetari Rizab Persekutuan yang agak agresif dan prestasi ekonomi AS yang mencatatkan bacaan luar jangkaan berbanding ekonomi-ekonomi utama lain.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian masih kelihatan berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, manakala Stokastik kekal berada dibawah tekanan pada zon terlebih jual, purata pergerakkan lima hari dan 15 hari kini sedang menurun, namun corak 'inside-day-range' telah selesai pada hari Selasa. 

Cadangan Perdagangan: 
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7730. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.77. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7830. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7910 dan sasaran kedua pada tahap 0.7955.

Tahap Rintangan: 
0.7910
0.7955
0.8035

Tahap Sokongan: 
0.7730
0.77
0.7675