Huraian Umum untuk 02/10/2014 10:10 CET
Selepas kegagalan gelombang kelima yang tidak dijangkakan, aliran pasaran telah diterbalikkan secara mendadak ke arah bawah melepasi tahap penting 1.1097 untuk membangunkan gelombang impulsif. Ini bermakna perkiraan impulsif hijau kini telah terbatai ekoran pertindihan diantara gelombang (iv) dan gelombang (i), dan perkiraan baru, lanjutan aliran menaik dapat diperhatikan pada carta sekarang. Carta menunjukkan bahawa kitaran ketiga hitam telah dilabelkan sebagai gelombang (1) dan gelombang (2) sehingga kini dengan garisan ketidaksahihan berada pada tahap 1.0885. Pada masa ini, pasaran berada di dalam kitaran gelombang pembetulan (2) dan ia kelihatan seperti corak zig-zag sedang membangun. Sasaran yang diunjurkan bagi kitaran ini adalah pada tahap 1.0987 dan lantunan semula harga yang tajam adalah diramalkan pada tahap tersebut.
Sokongan/Rintangan:
1.0987 - 1.0975 - Zon sasaran gelombang (2)
1.1033 - WS1
1.1070 - Sokongan Urusniaga Harian
1.1098 - Pangsi Mingguan
1.1129 -Rintangan Urusniaga Harian
1.1222 - Ayunan Tahap Tinggi
Cadangan Perdagangan:
Day traders harus mempertimbangkan untuk mengambil pesanan menjual daripada tahap harga semasa, dengan menetapkan SL di atas tahap 1.1130 dan TP pada tahap 1.0987.