Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 02 Oktober, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan mengukuh di dalam julat dagangan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh permintaan pasangan USD/JPY yang memelah serta jualan pengeksport Jepun. Sentimen GBP terjejas ekoran bacaan yang mengecwewakan daripada laporan PMI pembuatan CIPS/Markit UK untuk bulan September yang ahnya mencatatkan sebanyak 51.6 (berbanding ramalan 53.0). Dagangan pasangan mata wang GBP/USD ini juga telah dipengaruhi oleh penjualan sterling sewaktu pasangan GBP/JPY melemah di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur dan jualan sterling yang telah pulih pada pasangan EUR/GBP. Bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/USD ini telah diganggu oleh sentimen USD yang melemah. Tetapi kerugian pada pasangan GBP/JPY ini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima kiniberada dibawah MA 15 hari dan ia semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 174.50; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 174. Titik pangsi kekal berada pada tahap 178.50. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 176.65 dan sasaran kedua pada tahap 177.10.

Tahap Rintangan:
176.65
177.10
177.45

Tahap Sokongan:
174.50
174
173.65