Analisis Harian GBP/USD untuk 08 Oktober, 2014

Berdasarkan pada carta 4H, pasangan mata wang GBP/USD ini telah melanjutkan pemulihan harga selepas ia menjunam di bawah taha 1.6000, sehingga kini, pasangan GBP/USD dilihat sedang cuba untuk membuat penarikan semula harga yang mendalam ke tahap rintangan 1.6247, yang mana ini adalah merupakan tahap yang cukup kuat. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melonjak naik sehingga mencecah pada purata pergerakkan 200-hari minggu ini. Buat masa ini, kami mencadangkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati apabila ingin mengambil pesanan membeli pada tahap semasa.

Tahap Rintangan Carta 4H: 1.6247 - 1.6435

Tahap Sokongan Carta 4H : 1.6051 - 1.6004


Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang mengukuh di atas sokongan yang terletak pada tahap 1.6075, sebagaimana pasangan ini telah menembusi tahap tersebut semasa sesi dagangan hari semalam. Merujukk pada carta 1H, kita boleh melihat bahawa pasangan ini sedang cuba untuk membuat penembusan harga pada tahap rintangan 1.6117. Jika berjaya, sasaran seterusnya adalah pada tahap 1.6170. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah negatif.


Tahap Rintangan Carta 1H : 1.6117 – 1.6170

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.6075 – 1.6031

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan  pada tahap 1.6075, take profit di tahap 1.6031, dan stop loss pada tahap 1.6118.