Analisis Teknikal Perak untuk 08 Oktober, 2014

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Perak kini kelihatan seolah-olah akan menembusi garisan rintangan serta merta disekitar tahap $ 17.20. Perak dilihat akan meningkat melalui tahap $ 17.60 semalam sebelum harga ditarik balik ke arah $ 17.20. Juga diingatkan bahawa Perak telah melantun daripada tahap rintangan terdahulu yang mana ia kini menjadi garisab sokongan pada masa ini. Kenaikkan harga pada tahap ini akan membolehkan harga melonjak sekurang-kurangnya ke tahap $ 18.20. Sokongan yang paling hampir terletak pada harga $ 16.70, manakala rintangan pula didapati berada pada harga $ 18.00 dan seterusnya pada tahap lebih tinggi. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli pada masa sekarang, risiko kekal pada harga $ 16.40. Penembusan harga di atas harga $ 18.40 akan mengesahkan bahawa aliran menaik kini berada sepenuhnya di dalam kawalan.


Cadangan Perdagangan:


Kekal membeli, dengan menetapkan stop loss pada harga $16.40, sasaran terbuka


Semoga berjaya!