Indeks Dollar terus kekal didagangkan di dalam saluran conding menaik jangka panjang dan terus berada dalam aliran menaik sepenuhnya. Terdapat beberapa kebimbangan untuk dagangan jangka pendek seabgaimana arah aliran harga adalah berkemungkinan kerana carta mingguan memberikan tanda-tanda aliran menaik yang berpotensi. Sehingga akhir minggu ini, kita akan mempunyai gambaran yang lebih jelas sama ada aliran harga ini akan berakhir.
Garisan Hijau = Saluran Harga
Indeks Dollar terus didagangkan di dalam saluran harga yang condong menaik dan di atas awan Ichimoku. Tenkan-sen dan Kijun sen tidak ditembusi dan indeks terus diniagakan di atas tahap sokongan 85.50 dan 85. Tidak lama lagi kita bakal mengetahui sama ada kita telah melihat tahap tertinggi pada 86.75 atau kita perlu bersedia untuk melihat harga bergerak ke tahap tinggi baru ke arah 87.17 atau 87.70.
Carta mingguan kekal menaik sebagaimana harga dilihat telah menembusi penarikan semula 23% pada tahap 85. Penembusan harga pada tahap ini akan memberi tenaga semula kepada aliran menaik dan berpotensi untuk menolak indeks kembali didagangkan di atas tahap 86 ke arah 87. sokongan harian dan mingguan Utama didapati terletak pada harga 85.50 dan 85. Penutupan mingguan di bawah tahap 85 akan memberikan isyarat bahawa tahap tinggi kini telah direkodkan dan kita boleh menjangkakan penarikan semula harga sekurang-kurangnya ke arah tahap 84.10.