Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
Perak kekal didagangkan dalam zon beli pada garisan rintangan segera, sementara harga masih didagangkan dalam zon menjual garisan rintangan luar seperti yang dapat diperhatikan di sini. Perak kini dilihat sedang didagangkan si sekitar tahap $ 17.15 dan harga berkemungkinan kaan melanjutkan aliran penurunan harga menuju ke arah tahap $ 16,90 sebelum ia melantun kembali. Sokongan dilihat berada pada tahap $ 17.00, diikuti dengan tahap $ 16.70 dan seterusnya tahap lebih rendah lagi. Sementara rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 18.00, diikuti dengan tahap $ 18.80 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi. Sekiranya komoditi ini melantun semula (menaik) berhampiran pada tahap $ 16.80, maka aliran kenaikkan harga diramalkan akan mendominasi sekaligus menolak harga ke tahap lebih tinggi ke arah $ 19.00. Sebaliknya, penembusan harga dibawah tahap $ 16.80/90 akan mendorong harga untuk menguji semula tahap rendah $ 16.60/70 sebelum melantun kembali.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada $16.40, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!