Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 17 Oktober 17, 2014

Huraian Umum untuk 17/10/2014 08:30 CET


Gelombang hitam A akhirnya telas selesai dan tahap sasaran yang diunjurkan telah pun ditembusi sekaligus membolehkan aliran penurunan harga bergerak ke tahap yang lebih rendah lagi sebelum pasaran melonjak naik. Namun demikian, tahap utama ini masih lagi belum ditembusi dan pasaran dilihat masih didagangkan di bawah pangsi mingguan di tahap 136.30. Hanya penembusan harga ke tahap yang lebih tinggi di atas kawasan ini akan dianggap sebagai petunjuk kenaikkan harga, tetapi adalah diingatkan bahawa pasaran masih lagi berada di dalam struktur pembetulan harga pada jangka masa yang lebih besar (sama ada segi tiga atau zig-zag) dan tindakan harga dijangkakan mungkin akan menjadi sangat tidak menentu dan penuh dengan pemalsuan. Hanya penembusan harga di bawah tahap 134.11 ini yang akan membatalkan sedikit gambaran kenaikkan harga.


Sokongan/Rintangan:

133.98 - WS2

134.11 - Ayunan Tahap Rendah

134.66 - WS1

135.08 - Sokongan Urusniaga Harian

136.30 - Pangsi Mingguan

136.40 - Rintangan Urusniaga Harian

136.55 - Rintangan Teknika lTahap Utama|

Cadangan Perdagangan:

Selagi pasaran kekal didagangkan di bawah tahap 136.55, hanya pesanan menjual yang perlu dipertimbangkan, bagaimanapun sebarang penembusan harga di atas tahap ini akan menandakan aliran kenaikkan harga.