EUR/USD: Minggu lalu, instrumen perdagangan mata wang ini telah ditutup pada tahap 1.2669, dengan aliran menaik. Kecenderungan aliran menurun masih lagi mengekal dan dengan itu, pasaran berkemungkina akan jatuh lebih jauh ke arah garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.2600. Tahap tersebut adalah merupakan sasaran pertama untuk aliran penurunan harga. Sebaliknya, dijangkakan mungkin akan terdapat beberapa percubaan menaik, yang mana berpotensi untuk mendorong harga bergerak menuju ke arah garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.2750.
USD/CHF: Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat beberapa percubaan kenaikkan harga. Tahap rintangan yang terletak pada 0.9550 kini telah diuji, sebelum harga ditarik turun sedikit. Harga berkemungkinan akan bergerak lebih jauh ke arah atas, menembusi tahap rintangan 0.9550 dan ke atas, sementara pasangan diramalkan akan membuat lebih banyak usaha untuk menembusi tahap rintangan yang seterusnya di tahap 0.9600.
GBP/USD: Kecenderungan arah aliran pasaran adalah neutral, bagaimanapun pengukuhan harga di dalam carta berkemungkinan akan menaik. Mata wang GBP lebih cenderung untuk mendapat kekuatan pada minggu ini, dan oleh itu, GBPUSD berpotensi untuk bergerak ke tahap yang jauh lebih tinggi, mencapai wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.6150. Kemudian, Pola Pengesahan Aliran menaik akan kelihatan di dalam pasaran.
USD/JPY:.Pada Jumaat yang lalu, 24 Oktober, 2014, pasangan mata wang USD/JPY ini telah menutup di atas tahap permintaan 108.00; dengan aliran menaik. Kelihatan terdapat isyarat kenaikkan harga di dalam pasaran dan harga berpotensi untuk meningkat pada minggu ini, mencapai tahap bekalan pada 109.00. Namun, diramalkan akan terdapat penarikan semula harga pada tahap permintaan dari 107.50
EUR/JPY: Terdapat isyarat 'membeli' pada pasangan mata wang ini dan harga dijangkakan akan bergerak jauh lebih tinggi pada minggu ini, mencapai zon bekalan yang terletak pada tahap 138.00. Kebarangkalian pergerakan aliran menaik adalah sangat tinggi, sekaligus menjadikan perdagangan menjual tidak logik.