Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
Pasangan mata wang GBP/CHF kelihatan seolah-olah akan menghadapi rintangan pada tahap 1.5290/1.5300 seperti yang dapat diperhatikan di sini. Pasangan mata wang ini mungkin boleh meneruskan aliran penurunan harga dari tahap semasa. Para pedagang masih disarankan untuk kekal menjual, dengan menetapkan kedudukan risiko di atas tahap 1.5450. Rintangan bagi pasangan mata wang ini didapati masing-masing terletak pada tahap 1.5450, dan dikuti oleh tahap 1.5550. Manakala sokongan pula didapati berada pada tahap 1.5225/1.5200, 1,5125, 1,4975 dan seterusnya tahap yang lebih rendah lagi. Alian penurunan harga diramalkan akan mendominasi semula dari tahap harga semasa dan berpotensi untuk mendorong harga bergerak di bawah tahap 1.4975. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan GBP/CHF mungkin telah menyelesaikan 2 gelombang, di dalam gelombang pembetulan 3 yang dimulai dari tahap sub 1.5550. Gelombang ke-3 berkemungkinan akan dilanjutkan hingga ke tahap 1.4800 dan kemudianya ke tahap 1.4700.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual pada masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di tahap 1.5450/60, manakala sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!