Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GPB/JPY ini diramalkan akan didagangkan stabil dalam julat harga yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah terjejas ekoran daripada selera risiko pelabur yang semakin berkurangan. Pasangan mata wang GBP/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh penjualan eksport Jepun, penamatan dana perdagangan JPY di tengah-tengah selera risiko pelabur yang semakin berkurangan sebagaimana saham AS ditutup semalam bercampur-campur (S&P 500 jatuh 0.15%, DJIA naik 0.07%) sebagaimana laporan keyakinan perniagaan yang mengecewakan dari Jerman menimbulkan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan dalam zon euro.
Ulasan Teknikal:
Carta harian masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari kian meningkat di atas MA 15 hari.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 174.95 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 175.90. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 172.55. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 171.75. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 173.30.
Tahap Rintangan:
174.95
175.90
176.75
Tahap Sokongan:
172.55
171.75
171