Pasangan mata wang ini didagangkan pada tahap tinggi 3 minggu. Pasangan mata wang ini dilihat telah berjaya menembusi 20Wsma, walau bagaimanapun ia gagal untuk mengukuh di atas tahap tersebut. Menurut pada carta harian, kami mendapati bahawa minor double top terletak pada tahap 137.75 pada asas penutupan. Untuk asas penutupan bulanan pula, pasangan mata wang ini perlu untuk menutup di atas tahap 138.48. Sekiranya pasangan mata wang ini menutup di bawah 138.48, maka kita akan dapat melihat dengan jelas pembentukan corak 'double top' di dalam carta bulanan yang mewakili pergerakkan menurun ke arah 135.45. Sementara itu, jika pasangan mata wang ini berjaya menutup di atas tahap 138.48, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melanjutkan aliran menaik menuju ke arah tahap 139.40 dan 139.90. Termasuk hari ini, kita akan mempunyai 1 lagi sesi dagangan pada bulan semasa. Untuk gambaran dagangan jangkamasa panjang, kita akan dapat melihat penembusan harga pada tahap 131.40 dan 129.0, di bawah tahap ini, pembetulan harga yang seterusnya akan bergerak menuju ke tahap rendah bulan Februari dan Mac 2013. Pada bulanan semasa, pasangan mata wang ini telah memadamkan 3/4 daripada kerugian. Kami akan menganalisis semula carta jika pasangan ini menutup di atas tahap 138.48 pada carta bulanan. Mata wang Euro kini dilihat lebih lemah berbanding Yen.
Untuk asas urusniaga harian, pasangan mata wang ini dilihat melemah dibawah tahap 137.40. Kami mensyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di atas tahap 137.75. Berdasarkan pada carta 4H, Stokastik setiap jam telah menyatakan isyarat menjual. Corak perdagangan urusniaga harian kini di antara tahap 137.40 dan 137.75. Kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap 137.30 dengan sasaran terletak pada tahap 136.90 dan 135.60. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas 137.75 dan momentum yang kuat hanya di atas tahap 138.02. Merujuk pada carta setiap jam, pasangan mata wang ini telah membentuk corak double top pada tahap 138.02. Kita boleh menjangkakan lonjakkan kenaikkan harga hanya akan berlaku di atas tahap 138.02.
Perdagangan:
Risky traders, ambil pesanan membeli di atas tahap 137.75
Safe traders, ambil pesanan membeli di atas tahap 138.02
Ambil pesanan menjual dibawah tahap 137.30