Huraian:
Berdasarkan pada analisis kami yang terdahulu, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menurun. Harga dilihat telah menguji tahap 1.5955 pada jumlah yang sangat tinggi. Kami mendapati bahawa harga telah berjaya menembusi penarikan semula Fibonacci 61.8% yang terletak pada harga 1.6095, seklaigus mendorong harga untuk terus didagangkan dalam aliran menurun. Menurut pada carta masa 4H, kita dapat melihat fasa pembetulan aliran menaik. Oleh yang demikian, saya telah meletakkan Penarikan semula Fibonacci untuk mencari tahap rintangan yang berpotensi. Saya mendapati bahaw aPenarikan Semula Fibonacci 38.2% berada pada harga 1.6070 dan penarikan semula Fibonacci 61.8% pada harga 1.6140. Kami juga mendapati bahawa jumlah penyerapan pada tahap yang terdahulu, menjadikan pasangan EUR/NZD sangat berisiko untuk pembelian jangka pertengahan.
Tahap Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6194
R2: 1.6236
R3: 1.6305
Tahap Sokongan
S1: 1.6056
S2: 1.6014
S3: 1.5945
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli pasangan EUR/NZD sebagaimana Penarikan semula Fibonacci 61.8% telah ditembusi.