Ramalan Mingguan dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 03 -07 November, 2014


Pasangan mata wang ini menunjukkan penurunan untuk tempoh empat bulan berturut-turut. Pada minggu lalu, FED telah menamatkan program QE dan BOJ pula megejutkan pasaran dengan program QE nya. Dolar AS telah mendominasi berbanding saingannya. Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan penurunan harga pada tahap 1.2300 dan 1.2270, 200Msma. Pasangan mata wang ini telah memulakan dagangan dalam aliran menurun pada bulan baru. Ini adalah merupakan bulan keempat berturut-turut harga bagi pasangan mata wang ini dibuka dalam aliran menurun. Minggu ini data ekonomi utama akan dikeluarkan pada hari Khamis, 06 November 2014. ECB dijadualkan akan mengeluarkan laporan mengenai pendirian dasar kewanganya. 


Ramalan Mingguan untuk 03 -07 November, 2014

Pasangan mata wang ini dilihat mempunyai rintangan mingguan yang terletak pada tahap 1.2606 dan 1.2686. Seperti yang telah kita syorkan sebelumnya, pasangan mata wang ini lebih cenderung terhadap pesanan menjual di setiap aliran kenaikan. Sasaran jangka pendek kami berada pada tahap 1.2200 dan 1.18 untuk dagangan jangka masa panjang. Sama seperti yang telah kami cadangakan pada beberapa bulan yang terdahulu. Merujuk pada carta 4H, kita telah dapat melihat dengan jelas penembusan segi tiga dan harga telah menutup di bawahnya. Ketinggian segitiga ialah 280 pips. Sepertimana ketinggian segi tiga dari dasar, sasaran untuk aliran penurunan harga kelihatan wujud pada tahap 1.2325. Selagi harga didagangkan berhampiran pada garisan aliran menurun di salam carta 4H, gunakan setiap kenaikan untuk mengambil pesanan menjual bagi mensasarkan aliran penurunan harga pada tahap 1.2480, 1.2440, 1.2400, 1.2360 dan 1.2325. Sementara itu, pasangan ini mempunyai rintangan yang masing-masing terletak pada tahap 1.2583, 35DEMA, di atas tahap ini, 1.2632 dan 1.2660 akan bertindak sebagai tahap rintangan yang kuat.


Sokongan: 1.2480 1.2360 1.2325

Rintangan: 1.2583 1.2632 1.2660

Perdagangan:

Jualan untuk sasaran pada tahap 1.2480, 1.2440, 1.2400, 1.2360 dan 1.2325