Emas: Analisis untuk 03 November, 2014

Huraian:

Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, emas telah didagangkan mendatar disekitar harga 1,170.00. Kami mendapati bahawa bekalan (klimaks menjual) pada jumlah ultra tinggi dan pergerakkan mendatar adalah neutral selepas tekanan jualan yang kuat. Ayunan tahap rendah kami pada harga 1,183.00 telah ditembusi, oleh yang demikian emas berkemungkinan akan menguji pada tahap 1,147.00 (Lanjutan Fibonacci utama 161.8%). Aktiviti emas adalah sangat rendah di dalam pasaran, oleh yang demikian, kami kini sedang menunggu untuk jumlah yang lebih besar dan pergerakan harga yang lebih kukuh. Menurut pada carta 1H, emas kini sedang berada di dalam fasa pembetulan aliran menaik yang lemah. Saya telah meletakkan lanjutan Fibonacci untuk mencari tahap rintangan yang berpotensi dan saya mendapati bahawa lanjutan Fibonacci 100% berada pada harga 1,174.00 dan lanjutan Fibonacci 161.8% pada harga 1,182.00.

Pangsi Harian Titik Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1:1,169.79

R2: 1,171.67

R3: 1,174.33

Tahap Sokongan:

S1: 1,163.77

S2: 1,161.79

S3: 1,158.73

Cadangan Perdagangan: Pesanan membeli emas pada tahap ini kelihatan sangat berisiko sebagaimana harga telah menembusi ayunan tahap rendah.