Analisis Harian GBP/USD untuk 13 November, 2014

Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah menjunam dengan mendadak daripada tahap rintangan 1.5883-1.5784 semasa sesi dagangan semalam. Pergerakkan ini berkemungkinan menandakan pembentukan corak penurunan harga yang kuat pada pasangan GBP/USD. Jika pasangan mata wang ini berjaya untuk menembusi pada tahap 1.5746, maka harga diramalkan akan menurun ke tahap 1.5642 yang akan menjadi tahap rendah bulanan baru. Sebaliknya, pasangan ini berpotensi untuk meningkat sehingga harga mencecah pada tahap rintangan 1.5883 sebagai sebahagian daripada penarikan semula kenaikkan harga yang mendadak. Indikator MACD kekal berada di dalam wilayah negatif.

Tahap Rintangan Carta Harian:1.5883 / 1.6046

Tahap Sokongan Carta Harian : 1.5746 / 1.5642



Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang membentuk corak rendah yang lebih rendah di bawah tahap rintangan 1.5810, kerana pasangan ini mempunyai rintangan yang kuat pada purata pergerakkan 200 hari di dalam carta satu jam. Jika pasangan ini berjaya untuk menembusi pada tahap 1.5739, maka adalah diramalkan bahawa harga bagi pasangan ini akan jatuh ke tahap sokongan yang terletak pada 1.5686. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh penurunan yang ketara, pasangan GBP/USD ini berpotensi untuk melakukan penarikan semula harga ke tahap 1.5871. Indikator MACD kekal berada di dalam wilayah negatif.


Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5810 / 1.5871

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5739 / 1.5686

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan  pada tahap 1.5871, take profit di tahap 1.5810, dan stop loss pada tahap 1.5931.