Analisis Teknikal #USDX untuk 13 November, 2014

Indeks Dollar kini dilihat sedang membuat pengukuhan mendatar segi tiga. Ia lebih cenderung untuk menembusi aliran menaik dan kemudianya membuat corak tinggi yang lebih tinggi baru. Indeks kekal didagangkan dalam aliran menaik jangka panjang dan telah membentuk kenaikkan harga flag yang mensasarkan ke tahap 91.

Indeks Dolar kekal didagangkan di dalam saluran hitam condong menaik dan membentuk pengukuhan mendatar segi tiga. Kenyataan bahawa indeks ini masih didagangkan dalam aliran menaik di atas awan Ichimoku meningkatkan peluang untuk melihat penembusan harga menaik penembusan aliran menurun. Rintangan bagi indeks dolar didapati terletak pada tahap 88 dan jika ditembusi, maka harga diramalkan akan menembusi sekurang-kurangnya pada tahap 88.65 jika tidak lebih tinggi. Sokongan yang terletak pada tahap 87.60 kini adalah kritikal kerana jika harga menembusi pada tahap tersebut, maka kita akan dapat melihat pergerakkan harga ke tahap yang lebih rendah 86.50.

Garisan biru = tahap sokongan mingguan



Indeks Dollar seperti yang ditunjukkan di atas dalam carta mingguan sedang mengikuti corak kenaikan harga flag seperti yang telah kita ketahui beberapa minggu lalu. Sokongan mingguan berada pada tahap 86.10. Jika tahap ini ditembusi, maka harga akan menolak lebih rendah ke arah tahap 84. Saya percaya bahawa jika indeks membalikkan aliran harga lebih rendah, ia berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom;' di sekitar tahap 86 dan tidak akan bergerak ke arah lebih rendah 84. Saya masih kekal pada aliran menaik bagi dagangan jangka panjang dan memberikan tumpuan kepada pembentukan segi tiga. Pembentukan segitiga biasanya dilihat pada penghujung arah aliran, oleh yang demikian, tahap tinggi baru yang dijangka mungkin akan diterbalikan pada bila-bila masa. Aliran kenaikkan harga perlu ldiberikan lebih perhatian sekiranya tahap 87.60 ini telah ditembusi.