Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikan harga setelah harga mencecah tahap tinggi dua minggu 0.7905 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh permintaan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan GBP/NZD, EUR/NZD dan AUD/NZD melemah; dan sewaktu pasangan NZD/JPY, NZD/CHF mengukuh. NZD/USD juga disokong oleh pengkamiran kepentingan pasangan NZD-USD. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan NZD/USD kini sedang diganggu oleh selera risiko pelabur yang semakin berkurangan.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan posistif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari semakin meningkat diatas purata pergerakkan 15 hari.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7945 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7965. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7805. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7770. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7850.
Tahap Rintangan:
0.7945
0.7980
0.8
Tahap Sokongan:
0.7805
0.7770
0.7750