Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD ini telah melanjutkan aliran penurunan harga. Kini, pasangan dilihat telah menembusi paras terendah baruyang terletak pada sokongan 1.5642. Jika pasangan mata wang ini berjaya mengukuh di bawah tahap tersebut, maka pasangan mata wang GBP/USD ini akan mempunyai ruang yang lebih besar untuk jatuh ke paras sokongan 1.5506. Masih terdapat banyak tekanan penurunan harga pada pasangan GBP/USD sebagaimana indikator MACD kekal berada di dalam wilayah negatif.
Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5746 / 1.5883
Tahap Sokongan Carta Harian : 1.5642 / 1.5506
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5686 / 1.5739
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5632 / 1.5590
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5632, take profit di tahap 1.5590, dan stop loss pada tahap 1.5672.