Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 17 November, 2014

Huraian Umum untukĀ 17/11/2014 07:40 CET:

Turutan lima gelombang impulsif berkemungkinan akan berakhir pada tahap 146.51. Kini, sekurang-kurangnya tiga kitaran gelombang pembetulan harus bermula, bagaimanapun pengesahan terjadi lebih awal dengan penembusan harga pada tahap 144.71. Kemudian, penembusan harga garisan aliran urusniaga harian juga berkemungkinan. Namun begitu, gelombang terakhir aliran menaik mungkin tidak akan selesai sebagaimana gelombang biru 4 masih merupakan gelombang pembetulan yang agak kecil jika dibandingkan dengan kitaran pembetulan yang lain di dalam pembangunan itu. Ini bermakna, gelombang penurunan harga semasa berkemungkinan adalah kitaran keseluruhan gelombang c ungu yang sangat tidak teratur, pembetulan mendatar didalam gelombang biru 4. Para peniaga perlu menunggu sehingga pasaran mengesahkan/membatalkan senario ini.

Sokongan/Rintangan:

149.04 - WR2

148.01 - WR1

146.51 - Ayunan Tahap Tinggi

145.02 - Pangsi Mingguan

144.71 - Sokongan Teknikal

143.93 - WS1

Cadangan Perdagangan:

Ia kelihatan sekurang-kurangnya dalam dagangan jangka pendek, pasaran akan memihak kepada pesanan menjual dan pesanan jenis ini perlu diambil untuk pasangan ini. Tahap SL perlu diletakkan di atas tahap 146.51 dan TP pada tahap 143.32.