Harga emas telah menembusi sokongan penting pada tahap $ 1,145 hari Jumaat. Walaupun isyarat penurunan harga jangka pendek, harga telah diterbalikkan dengan kuat dan menembusi di atas tinggi sebelumnya pada $ 1,178. Harga kini telah mencapai rintangan ke-2 pada harga $ 1,190- $ 1,200. Gambaran jangka panjang saya masih memihak kepada penurunan harga selagi harga didagangkan di bawah $ 1,255 mensasarkan ke tahap $ 1,050.
Garisan Hitam = sokongan
Harga emas telah menembusi di atas Ichimoku cloud tetapi telah menembusi rintangan penarikan semula harga 50%. Selagi harga berada di atas garisan sokongan hitam, aliran kenaikkan harga akan kekal mendominasi. Walau bagaimanapun, perubahan arah aliran menurun dari tahap semasa adalah sangat berpotensi kerana saya masih percaya bahawa aliran jangka panjang kekal melemah dengan gambaran ke arah $ 1,050. Sokongan didapati terletak pada harga $ 1,155 dan $ 1,145. Penembusan harga di bawah kedua-dua tahap ini akan meningkatkan peluang untuk melihat tahap rendah baru di bawah $ 1,130 ke arah $ 1,050.
Merujuk pada carta harian, aliran pasaran kekal didagangkan dalam aliran menurun apabila harga kekal didagangkan di bawah Ichimoku cloud dan gagal untuk menembusi untuk menutup di atas $ 1,193 yang merupakan rintangan Kijun sen. Sokongan terletak pada harga $ 1,155 di mana Tenkan-sen didapati adalah sangat penting. Lantunan aliran menaik daripada harga $ 1,130 adalah lantunan pembetulan relatif kepada penurunan $ 1,255- $ 1,130. Saya percaya bahawa aliran penurunan harga ini akan melanjutkan pergerakkan ke tahap lebih rendah dengan $ 1,050 sebagai tahap sasaran.