Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 November, 2014

EUR/USD: Prospek bagi pasangan mata wang EUR/USD ini masih melemah dan harga berkemungkinan akan terus didagangkan dalam aliran menurun. Satu-satunya perkara yang boleh membatalkan prospek penurunan harga ini adalah apabila harga bergerak di atas garisan rintangan yang terletak pada 1.2600. Selagi harga kekal didagangkan di bawah garisan rintangan, maka pasaran akan dilihat melemah.



USD/CHF: Instrumen perdagangan mata wang ini masih berada di dalam aliran menaik (Kecenderungan kenaikkan harga). Terdapat sokongan yang terletak pada tahap 0.9550, berpotensi untuk menjadi penghalang kepada usaha aliran menurun untuk mengheret harga bergerak ke arah tahap yang lebih rendah. Sekiranya garisan sokongan ini ditembusi untuk aliran menurun, maka prospek kenaikkan harga akan terancam. Oleh itu, harga perlu terus bergerak menaik untuk mengesahkan prospek kenaikkan harga.

GBP/USD: Mata wang Pound menurun pada hari Isnin dalam konteks Corak Pengesahan Penurunan harga di dalam pasaran. Ia ternyata telah beralih daripada lantunan kenaikkan harga yang telah berlaku pada Jumaat lalu sekaligus memberikan satu peluang yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada harga yang lebih baik. Harga tidak lama lagi diramalkan akan menguji wilayah pengumpulan pada tahap 1.5600. Ia mungkin menembusi pada tahap tersebut untuk aliran menurun.


USD/JPY: Pasangan ini tmasih didagangkan dalam pasaran kenaikkan harga, ditambah dengan penarikan semula penurunan harga yang telah berlaku pada Jumaat lalu, memberikan peluang yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli apabila jualan sementara dan dalam konteks aliran meningkat. Tahap bekalan yang terletak pada 117.00 telah diuji baru-baru ini dan ia berkemungkinan akan diuji lagi. Harga berkemungkinan akan menembusi untuk aliran menaik.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini juga dilihat sedang didagangkan dalam prosepk kenaikkan harga, dan harga diramalkan akan meneruskan aliran menaik. Penarikan semula harga dalam pasaran tidak menandakan bahawa aliran ini telah berakhir sebagaimana harga tidak bergerak dalam garisan lurus. Harga boleh menguji zon bekalan yang terletak pada tahap 146.50, yang mana ia adalah merupakan sasaran untuk minggu ini.