Analisis Teknikal USD/CAD untuk 18 November, 2014

Huraian Umum untuk 18/11/2014 08:20 CET

Setelah penembusan palsu di atas tahap rintangan urusniaga harian berlaku semalam, aliran pasaran telah diterbalikkan dan kini ia dilihat sedang membuat paras terendah baru. Baru-baru ini, perkiraan Gelombang Elliott menunjukkan, bahawa ia berkemungkinan adalah gelombang impulsif terakhir untuk aliran menurun di dalam gelombang kitaran sub pada gelombang hitam iii (gelombang -i- gelombang iii) dan kini beberapa tindak balas untuk aliran menaik diperlukan. Sasaran bagi gelombang -i- adalah pada tahap 1.1220, yang mana ia akan membatalkan pengiraan alternatif hijau juga. Sila perhatikan bahawa pasaran masih bergerak di dalam saluran emas dan corak kenaikkan harga teknikal flag masih diambil kira.


Sokongan/Rintangan:

1.1120 - Tahap Rendah Gelombang Biru 4

1.1173 - WS2

1.1224 - WS1

1.1220 - Garisan Ketidaksahihan Perkiraan Alternatif  Hijau

1.1265 - Sokongan Teknikal

1.1311 - Pangsi Mingguan

1.1326 - Rintangan Urusniaga Harian

Cadangan Perdagangan:

Tahap SL semalam untuk pesanan menjual telah pun berjaya ditembusi dan pesanan jualan perlu ditutup dengan keuntungan. Pada masa ini, pedagang harian harus membuat pesanan jualan semula daripada paras harga semasa dengan SL di atas tahap 1.1275 dan TP pada tahap 1.1220. Risiko rendah, ganjaran yang tinggi untuk mengambil gelombang terakhir 5 untuk aliran menurun.