Huraian:
Pasaran GBP/USD menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan. Pergerakan arah aliran adalah kontroversial kerana ia berlaku dalam saluran mendatar yang sempit. Berdasarkan pada peristiwa-peristiwa yang sebelumnya, harga masih didagangkan di antara tahap 1.5588 dan 1.5735, oleh yang demikian adalah disyorkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati ketika membuat tawaran bagi pasangan mata wang ini. Oleh itu, para pedagang disarankan agar menunggu sehingga saluran mendatar harga ditembusi. Kemudian, pasaran mungkin akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik dari 'double bottom' yang ditetapkan pada titik 1.5588. Dengan kata lain, tawaran membeli hanya akan disyorkan di atas tahap 1.5588 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.5690. Kemudian, aliran harga akan meneruskan pergerakkan ke arah titik pangsi mingguan yang terletak di sekitar kawasan 1.5735. Pasangan ini berkemungkinan akan memulakan gerakan menaik ke titik 1.5690 dan seterusnya ke tahap 1.5735 (ia akan bertindak sebagai rintangan yang kuat pada minggu ini). Walau bagaimanapun, jika pasangan ini gagal untuk menembusi pada tahap 1.5735 (titik pangsi mingguan), maka pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan yang kukuh pada 1.5735. Dalam hal ini, tawaran jualan disyorkan lebih rendah daripada tahap 1.5735 dengan sasaran pertama berada pada 1.5640. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bertukar kepada lanjutan aliran menurun ke tahap 1.5590.