Indeks USDX tidak membuat sebarang pergerakkan ketara yang berupaya untuk mempengaruhi aliran harga semasa di dalam carta harian. Instrumen ini dilihat telah menembusi di atas tahap sokongan 87.25, kawasan yang agak kuat, menandakan bahawa USDX berpotensi untuk membuat penembusan harga pada tahap tersebut pada beberapa minggu yang lalu. Sasaran yang seterusnya bagi USDX terletak pada tahap rintangan 88.63. Indikator MACD kekal berada di dalam zon negatif.
Tahap Rintangan Carta HarianĀ :88.63 / 90.40
Tahap Sokongan Carta Harian :87.35 / 86.20
Merujuk pada carta 1H, Indeks USDX telah didagangkan di dalam julat harga di atas purata pergerakkan 200-hari. Oleh yang demikian, USDX berkemungkinan akan melanjutkan aliran menaik menuju ke tahap rintangan yang terletak pada 87.86. Penembusan harga pada tahap ini berkemungkinan akan membawa USDX meningkat hingga harga mencecah ke tahap 88.15. Buat masa ini, Indikator MACD kekal berada di dalam wilayah neutral.
Tahap Rintangan Carta 1H : 87.86 / 88.15
Tahap Sokongan Carta 1H : 87.58 / 87.28
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 87.86, take profit di tahap 88.15, dan stop loss pada tahap 87.57.