Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 November, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran penurunan harga selepas mencecah tahap rendah tiga minggu 0.9530 pada hari Rabu. Sentimen CHF dirangsang oleh kenaikan penunjuk sentimen ekonomi ZEW-Credit Suisse Switzerland kepada negatif 7.6 pada bulan November berbanding penurunan 30.7 pada bulan Oktober. Pasangan mata wang USD/CHF ini juga dipengaruhi oleh permintaan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY mengukuh di tengah-tengah sentimen yen yang melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF telah diganggu oleh dasar monetari ultra-longgar oleh Bank Negara Swiss.

Ulasan Teknikal: 
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan kini berada di bawah 15 hari dan kini kian menurun.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9555; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9555. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9605. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9625 dan sasaran kedua pada tahap 0.9655.

Tahap Rintangan:
0.9625
0.9655
0.9690

Tahap Sokongan:
0.9555
0.9515
0.9785