Analisis Harian Pasangan Mata Wang untuk 26 November, 2014

EUR/USD: Instrumen perdagangan mata wang ini kini dilihat sedang membuat beberapa usaha aliran menaik, walaupun beberapa kemungkinan akan menghalang. Gerakan menaik melebihi 110 sehingga minggu ini cukup menggerunkan, dan apabila harga bergerak di atas garisan rintangan 1.2600, maka harga didagangkan dalam aliran menaik. Walau bagaimanapun, sasaran ini bukan mudah untuk ditembusi.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini sedang didagangkan dalam pasaran menaik, yang mana ia berpotensi untuk dibatalkan apabila harga bergerak di bawah garisan sokongan pada tahap 0.9550. Sehingga kini, prospek kenaikkan harga masih sah, EMA 11 kini masih didagangkan di atas EMA 56% dan Julat Peratusan Williams % 20 tidak terlalu jauh dari kawasan terlebih beli.

GBP/USD: Pasangan mata wang kini sedang didagangkan dalam aliran penurunan harga - dengan Corak Pengesahan Penurunan harga di dalam carta. Satu-satunya perkara yang boleh menyebabkan Corak Pengesahan Penurunan harga ini menjadi sah adalah apabila harga bergerak di atas wilayah pengedaran pada tahap 1.5800.


USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini masih didagangkan dalam mod aliran menaik. Berikutan percubaan aliran menaik yang cetek telah berlaku semalam, harga kini telah didagangkan stabil, membentuk dasar jangka pendek. Aliran menaik sepatutnya melanjutkan pergerakkan dari sini, kerana ia telah membawa harga untuk begrerak ke arah tahap bekalan 119.00. Itulah sasaran akhir untuk minggu ini.

EUR/JPY: Pasaran ini menurun kira-kira 60 pips semalam, membenarkan aliran menaik untuk memasuki pasaran apabila jualan sementara mengambil tempat dan di dalam konteks aliran menaik. Ia dijangkakan bahawa harga akan pergi ke tahap lebih tinggi ke arah zon bekalan pada 149.00. Zon bekalan telah diuji minggu lalu, diikuti dengan kekuatan yang cukup dalam pasaran, maka harga berkemungkinan akan boleh diuji sekali lagi minggu ini atau minggu hadapan.