Gambaran Keseluruhan Pasaran
Semalam pasangan matawang USD/CAD telah berdagang dalam pergerakan menurun. Sepanjang sesi Eropah major mula bergerak menaik ke arah 0.9930.Oleh itu sepanjang sesi New York kita boleh melihat pergerakan menurun ke arah 0.9860. Pasangan matawang USD/CAD telah menghabiskan hari perdagangan beberapa pips melebihi kerendahan harian pada tahap 0.9875.Hari ini sepanjang sesi Asia kita boleh perhatikan pergerakan menaik ke garisan 0.9890. Hari ini pasangan matawang USD/CAD dijangka untuk mencuba tahap 0.9950. Juga adalah perlu untuk mengambil kira data berkenaan Permit Pembinaan USD, Permulaan Perumahan, Ucapan Setiausaha Kewangan Geithner dan ucapan Pengerusi Persekutuan Bernanke yang akan memberi kesan kepada kadar pasangan matawang ini.
Tahap Sokongan dan Rintangan
(S3) 0.9816 (S2) 0.9843 (S1) 0.9860 (PP) 0.9886 (R1) 0.9913 (R2) 0.9930 (R3) 0.9956
USD/CAD Analisa Gelombang Elliott
Pasangan matawang USD/CAD telah menghabiskan gelombang B (berwarna biru) dalam tahap 0.9860. Kini kita boleh perhatikan permulaan gelombang C (berwarna biru). Mengikut dari peraturan gelombang kita dan mengmbil kira gelombang C adalah bersamaan dengan gelombang A, kita boleh nyatakan sasaran berpotensi dengan bantuan Fibonacci retracement (0.9842-1.0027-0.9860) Take Profit pertama diletakkan pada tahap 1.0005 (78.6% gelombang A) dan Take Profit kedua di 1.0044 (100% gelombang A). Untuk Stop Loss kita boleh gunakan tahap sokongan 0.9860.
Ramalan Perdagangan
Mengikut dari peraturan gelombang Elliott, hari ini trend dijangka bergerak ke atas.Kerana itulah posisi beli pada tahap 0.9920 dengan Stop Loss di 0.9860, Take Profit di 1.0005 dan Take Profit 2 di 1.0044 dicadangkan.