Data AS yang mengecewakan telah mendorong mata AS untuk melanjutkan penurunan harga. Sewaktu sesi dagangan semalam, dolar AS telah melanjutkan aliran menurun berbanding dengan kebanyakan mata wang utama yang lain. Tumpuan beralih kepada IHP Prelim Jerman pada hari ini, IHP Flash Sepanyol, pengangguran Jerman, dan juga mesyuarat OPEC. Euro kekal didagangkan dalam aliran menaik berbanding dolar AS dan telah mendapat 30pips lagi. Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini menghadapi rintangan pada garisan aliran menurun pada carta harian. Hari ini, pasangan mata wang ini telah memulakan dagangan dalam aliran menurun. Sekiranya pasangan mata wang ini menembusi pada tahap 1.2531, maka ia akan mempunyai beberapa rintangan yang masing-masing terletak di antara tahap 1.2575 dan 1.2600. Sehingga pasangan ini menutup di bawah tahap 1.2600, aliran penurunan harga ini telah ditolak dengan kuat untuk ke arah bawah. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli urusniaga harian baru hanya di atas tahap 1.2510 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.2530, 1.2575, dan 1.2600. Sekiranya harga menutup di atas 1.2600, kenaikkan sebanyak 200 pips adalah diramalkan. Manakala utnuk aliran lebih rendah, pasangan mata wang ini didapati mempunyai sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 1.2486 dan 1.2440. 'Risky traders' boleh mula mengambil pesanan menjual di bawah 1.2485 manakala 'Safe traders' pula boleh mengambil pesanan menjual di bawah 1.2440. Untuk tempoh terdekat, 1.2600 adalah merupakan tahap utama bagi aliran menaik. 1.2350 dan 1.2320 adalah tahap sokongan utama dari segi sokongan. Panik akan tercetus di bawah tahap 1.2320 dengan sasaran terletak pada 1.2250 dan 1.2226. Jika harga menutup di bawah tahap 1.2226, maka harga berkemungkinan akan melanjutkan kejatuhan sehingga harga mencecah ke tahap 1.2100. Tumpuan beralih kepada IHP Prelim Jerman pada hari ini, IHP Flash Sepanyol, pengangguran Jerman dan mesyuarat OPEC.