Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 November, 2014

Huraian Fundamental:


Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang melemah (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 87.67 berbanding 87.89 awal Rabu) selepas jangkaan tuntutan pengangguran AS pada minggu berakhir 22 Nov mencatatkan pada harga 313,000 (berbanding ramalan 289,000); penurunan yang lebih besar berbanding ramalan di dalam laporan PMI ISM-Chicago kepada 60.8 pada bulan November ini berbanding bulan Oktober 66.2 (berbanding ramalan 64.0); kurang daripada jangkaan peningkatan 0.2% dalam pendapatan peribadi AS Oktober (berbanding ramalan + 0.4%) dan peningkatan 0.2% dalam perbelanjaan (berbanding ramalan + 0.3%). Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah terjejas oleh perlonggaran ultra dasar monetari oleh Bank Negara Swiss.


Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, bagaimanapun stokastik kini adalah neutral.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9665 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.970. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9575. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9545. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9610.

Tahap Rintangan: 
0.9665
0.97
0.9720

Tahap Sokongan:
0.9575
0.9545
0.9515