Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 November, 2014

EUR/USD: Situasi bagi pasangan mata wang EUR/JPY kini dilihat sedang berisiko: kedudukan EMA 11 dan EMA 56 telah diperhatikan didalam carta 4-jam. Penembusan harga di atas garisan rintangan pada tahap 1.2600 akan menandakan permulaan aliran menaik jangka panjang, manakala penembusan harga di bawah garisan sokongan 1.2400 akan menandakan pembaharuan didalam prospek penurunan harga.


USD/CHF: Percubaan aliran menurun pada instrumen perdagangan mata wang ini telah ditolak pada tahap sokongan 0.9600. Harga berpotensi untuk menembusi rintangan yang terletak pada tahap 0.9700, berserta dengan stamina aliran kenaikkan harga yang selanjutnya, harga berkemungkinan akan menembusi tahap rintangan untuk aliran menaik, dan oleh itu, kecenderungan aliran menaik akan diperkukuhkan lagi.

GBP/USD:  Mata wang Pound dilihat telah gagal untuk menembusi wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.5800, meskipun percubaan aliran menaik cuba mendesak. Harga telah jatuh sedikit - bergerak lebih hampir dengan wilayah pengumpulan pada tahap 1.5700. Pergerakkan harga dibawah wilayah pengumpulan akan mendorong prospek penurunan harga untuk lebih mengukuh.

USD/JPY: Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam carta ini dilihat masih wujud dan apabila harga melanjutkan gerakan, maka ia akan menjadi satu petanda aliran menaik, yang berkemungkinan akan mendorong pasaran untuk menguji bekalan yang terletak pada tahap 119.00. Satu perkara yang perlu diketahui oleh para pedagang adalah: harga perlu melanjutkan aliran menaik bagi memastikan prospek penurunan harga kekal sah.

EUR/JPY:  Pasaran ini kekal didagangkan dalam aliran menaik dan ia dijangkakan akan bergerak lebih jauh ke arah atas apabila momentum kembali ke dalam pasaran. Sasaran pertama untuk aliran menaik terletak di zon bekalan pada tahap 148.00; dan dengan kekuatan yang selanjutnya, pasaran berpotensi untuk menembusi zon bekalan yang terletak pada tahap 149.00. Terdapat zon permintaan pada tahap 146.00, yang mana ia akan menjadi penghalang untuk kepentingan aliran menurun.