Gambaran:
Sepertimana yang dapat diperhatikan di dalam carta 4H hari ini, perak kelihatan masih stabil didagangkan di atas sokongan yang terletak pada tahap 16.00 setelah harga menembusi Sokongan 16.50 semalam. Pada masa ini, kita perlu menunggu sehingga harga menguji semula tahap Sokongan sekali lagi dan menutup di bawah tahap tersebut untuk mendapatkan peluang pergerakkan penurunan harga. Dalam kes itu, kita akan mempunyai peluang yang baik untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap Sokongan sehingga harga menguji Sokongan yang seterusnya pada tahap 15.70. Oleh itu, kita boleh mempertimbangkan bahawa sasaran pertama kami terletak beberapa pips di atas tahap Sokongan ini, bagaimanapunm, selagi harga masih di dagangkan di atas tahap Sokongan 16.00, maka ia akan membatalkan senario aliran menurun.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3(17.00), R2(16.75), R1(16.50), S1(16.00), S2(15.70), S3(15.40)