Data ISM AS yang mengecewakan telah menolak pasangan mata wang USD berdagang ke tahap yang lebih rendah. Indeks ISM AS mencatatkan sedikit perubahan kepada 58.7 bulan lalu, tahap kedua kukuh sejak April 2011, berbanding dengan 59 pada bulan Oktober. Di zon euro, keluaran pembuatan Itali sedikit melemah. Pasangan mata wang ini berjaya mengekalkan keuntungan margin pada minggu sebelumnya dan pada sesi dagangan semalam. Ia tidak menandakan bahawa, mata wang Euro kini sedang meningkat. Dolar AS dihentikan kenaikkan buat sementara dan beralih ke tahap penyatuan. Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat dasar kecil pada tahap 1.2358, di bawah ini, tahap 1.2320 adalah merupakan tahap sokongan yang kuat. Euro masih memihak kepada pesanan menjual pada setiap kenaikan. Aliran harga yang selanjutnya bergantung kepada keputusan mesyuarat ECB yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Khamis. Banyak tekanan telah dikenakan ke atas mata wang Euro. Hari ini, tumpuan telah beralih kepada laporan pengangguran Sepanyol. Pasangan ini mengukuh, dengan sokongan jangka panjang didapati terletak pada harga 1.,2226. Di bawah 1.2226, tahap 1.2045 dan 1.1876 juga akan bertindak sebagai sokongan. Kami telah mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual pada setiap kenaikkan harga dengan sasaran penurunan awal terletak pada tahap 1.2320 dan 1.2230.
Berdasarkan pada gambaran urusniaga harian, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai sokongan yang terletak pada tahap 1.2460. Selagi harga kekal didagangkan dibawah tahap 1.2531, maka tekanan menjual akan berlanjutan. Kami mensyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual pada tahap 1.2450 dengan menetapkan sasaran masing-masing pada tahap 1.2420, 1.2400, dan 1.2360. Kelemahan akan bertukar kepada tekanan menjual dibawah tahap 1.2420; manakala panik pula akan tercetus dibawah tahap 1.2350, kita boleh menjangkakan pembetulan harga sebanyak 500 pips didalam gambaran dagangan jangka panjang. Pasangan mata wang ini adalah kuat, dengan sokongan jangka panjang terletak di tahap 1.2226. Di bawah tahap 1.2226, 1.2045 dan 1.1876 juga berperanan sebagai tahap sokongan. Kami telah mencadangkan pesanan menjual pada setiap keanikkan dengan sasaran penurunan awal terletak pada tahap 1.2320 dan 1.2230.