Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan pada GBP/USD untuk 02 Disember, 2014

Sebelum ini, pada zon Harga (1.6350-1.6410), aliran menurun jangka panjang semasa telah dimulakan hampir dua bulan yang lalu. 


Zon harga 1.6100-1.6140 telah menubuhkan zon BEKALAN yang kukuh. Sementara itu, PERMINTAAN aliran menaik terkemuka wujud di sekitar zon harga 1.5940-1.5890. 


Oleh itu, pasangan telah terperangkap di antara tahap 1.6100 dan 1.5890 selama hampir 20 hari sebelum penembusan aliran menaik berlaku. 


Penetapan harian bawah 1.5870 telah meletakkan tekanan penurunan selanjutnya pada pasangan untuk mencecah 1.5650 diman arah belakang pada saluran penurunan terletak.  


Graf harian sebelumnya mewakili PERMINTAAN urusniaga harian disediakan disekitar 1.5650 selepas momentum penurunan yang kuat. Pergerakkan mendatar telah berlaku untuk keseluruhan minggu.  


Pasaran ini menyatakan ketidaktentuan disekitar tahap 1.5600 dan 1.5760 (tahap tinggi semalam). Cartalilin harian Alternatif menaik dan menurun telah ditunjukkan di dalam julat 150 pips.


Pasangan mata wang GBP/USD ini didapati mempunyai BEKALAN urusniaga harian yang kukuh berhampiran pada harga 1.5830-1.5880 dimana banyak tahap Fibonacci yang penting terletak.


Carta 4H menunjukkan pergerakkan penurunan jangka masa panjang secara kasarnya mengekalkan had pada saluran yang ditunjukkan.


Minggu lalu, aliran penurunan harga telah berjaya menembusi di bawah tahap rendah baru-baru ini di sekitar 1.5790. Sekaligus mendedahkan sasaran yang berpotensi pada tahap 1.5700, 1.5650 dan 1.5580 di mana ia adalah merupakan penembusan saluran yang terdahulu dan juga bahagian bawah sebelumnya terletak. 


Seperti yang telah diramalkan, pedagang berisiko disarankan agar mengambil kedudukan MEMBELI sekitar tahap 1.5600-1.5650. Ia telah memberikan sedikit keuntungan setelah pasaran kembali menguji semula tahap kemasukan yang sama. 


Pedagang konservatif perlu menunggu untuk satu lagi penarikan semula harga menuju ke arah tahap 1.5830-1.5860 untuk kemasukan JUALAN yang berisiko rendah. Stop Loss harus ditetapkan pada tahap 1.5870 (atas sedikit daripada tahap kemasukan). 


Sementara itu, penembusan harga di bawah zon harga 'triple bottom' (1.5600-1.5590) telah memberhentikan ketidaktentuan pasaran pada pendedahkan paras harga 1.5500 buat sementara.