EUR/USD:Pasangan mata wang EUR/USD kini sedang didagangkan dalam aliran menurun pada hari Selasa, menembusi di bawah garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.2400. Garisan rintangan kini menjadi penghalang segera terhadap mana-mana aliran menaik yang dimulakan oleh pergerakkan menaik harga. Sementara itu, harga berkemungkinan akan melanjutkan aliran menurun menuju ke arah garisan sokongan ditahap 1.2350.
USD/CHF: Pasangan mata wang ini kelihatan telah didagangkan dalam aliran menaik pada hari Selasa, menembusi di atas sokongan yang terletak pada tahap 0.9700. Tahap sokongan kini kini menjadi penghalang segera terhadap mana-mana penarikan semula harga yang berkemungkinan akan dimulakan oleh aliran menaik. Sementara itu, harga berkemungkinan akan melanjutkan aliran ke arah tahap yang lebih tinggi, iaitu ke atas rintangan yang berada pada tahap 0.9750. Itulah sasaran jangka panjang kami.
GBP/USD: Terbukti kini bahawa kenaikkan harga yang berlaku di sini pada hari Isnin telah memberikan satu peluang yang besar kepada para pedagang untuk menjual - untuk harga menjunam dengan serius pada hari Selasa (melebihi 110 pips). Kelihatan terdapat wilayah pengumpulan yang besar ditahap 1.5600, yang mana ia berperanan untuk menolak sebarang pergerakan menurun untuk beberapa minggu yang lalu. Harga kini berpotensi untuk menguji wilayah pengumpulan semula, walau bagaimanapun ia akan memerlukan momentum penurunan harga yang besar bagi membolehkan pasangan mata wang ini menembusi tahap lebih rendah.
USD/JPY: Pasangan mata wang USDJPY ini kelihatan telah didagangkan di atas sasaran kami yang terletak pada tahap 119.00 - yang mana ia kini merupakan zon permintaan dalam konteks aliran menaik yang masih ada. Aliran menaik akan dilanjutkan, meskipun ia bergerak secara perlahan. Sasaran penembusan harga yang seterusnya adalah tahap penawaran 119.50.
EUR/JPY: Kecenderungan pasangan mata wang EUR/JPY kekal memihak kepada aliran menaik dalam menghadapi Corak Pengesahan Kenaikkan Harga semasa di dalam pasaran. EMA 11 kini berada di atas EMA 56, manakala tempoh RSI 14 pula berada di atas tahap 50. Buat masa ini, hanya dagangan jangka panjang yang sah.