Pasangan mata wang ini dilihat telah menjunam ke tahap 1.2358 dan jatuh sebanyak 80 pips sewaktu sesi dagangan semalam. Pasangan mata wang ini telah kehilangan momentum dalam dagangan semalam selepas data Euro menunjukakn bacaan yang melemah dan data AS yang positif. Dolar AS kekal di hadapan berbanding dengan kebanyakan pasangan mata wang utama. Menjelang sidang akhbar ECB, Euro kelihatan sangat melemah, menembusi pada tahap rendah yang sebelumnya. Pasangan mata wang ini didapati mempunyai sokongan kuat jangka panjang di tahap 1.2226. Di bawah tahap 1.2226, 1.2045 dan 1.1876 juga merupakan tahap sokongan. Kami telah mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual pada setiap kenaikan dengan sasaran awal masing-masing diletakkan pada tahap 1.2320 dan 1.2230. Sasaran pertama kami telah ditembusi, kini kami sedang menunggu penembusan harga pada tahap sokongan yang seterusnya. Jika carta mingguan menutup di bawah 1.2350, maka kita boleh menjangkakan pembetulan harga sebanyak 500 pips pada gambaran dagangan jangka panjang. Aliran harga yang selanjutnya akan bergantung kepada reaksi pasaran terhadap data ECB semalam. Banyak tekanan masih dikenakan kepada Euro. Di Amerika Syarikat, tuntutan pengangguran adalah merupakan data tumpuan utama. Bacaan yang positif akan menambah lagi kekuatan untuk dolar AS. Hari ini, pasangan mata wang ini telah dibuka dan didagangkan di atas tahap tinggi sebelumnya. Pada masa ini, 1.2300 bertindak sebagai tahap sokongan. Pasangan ini mempunyai rintangan yang terletak di antara 1.2358 dan 1.2360. Sokongan sebelumnya kini telah bertukar menjadi tahap rintangan. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual urusniaga harian baru di bawah tahap 1.2295 dengan sasaran terletak pada tahap 1.2255 dan 1.2240. Gunakan setiap kenaikan untuk menjual.