Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak menjunam menghampiri ke tahap $ 16.40.60 sejak semalam. Logam ini diramalkan akan diniagakan lebih rendah ke arah $ 15.30 atau sehingga mencecah ke tahap $ 14.90 sebelum ia melantun naik. Sementara itu, kelihatan seolah-olah akan berlaku penumpuan disekitar harga $ 15.50/60 pada penarikan semula harga $ 14.90 dan lanjutan tahap, menunjukkan bahawa perak berkemungkinan besar akan membentuk tahap rendah seterusnya sekitar tahap di atas. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 15.50, diikuti masing-masing dengan tahap $ 14.90, $ 14.50 dan yang lebih rendah. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan memerhatikan peluang untuk mula mengambil pesanan membeli disekitar tahap $ 15.30. Aliran menaik hendaklah ditentukan untuk membolehkan aliran kenaikkan harga menuju ke arah tahap tertinggi baru selepas harga menurun.
Kekal mendatar, dan perhatikan peluang untuk mengambil pesanan membeli disekitar harga $15.30, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di tahap $14.20, sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!