Analisis Teknikal #USDX untuk 04 Disember, 2014

Indeks Dollar melanjutkan dagangan dalam aliran menaik dan hari ini, saya meramalkan bahawa pasaran bagi pasangan mata wang ini akan mempunyai yang sangat tinggi terutamanya selepas ucapan yang disampaikan oleh Presiden ECB, Mario Draghi. Sasaran untuk aliran menaik saya kekal ditahap 91. Aliran menaik jangka panjang kekal menyakinkan selagi harga didagangkan di atas tahap 87.50.

Garisan hitam = saluran mendatar


Indeks Dollar kini dilihat sedangmembuat  tinggi yang lebih tinggi dan corak rendah yang lebih tinggi. Sokongan yang terletak pada tahap 87.50 telah pun berjaya ditembusi dan indeks Dolar seperti yang diharapkan telah memulakan aliran menaik baru dan saya percaya bahawa ia berkemungkinan akan berakhir berhampiran pada sasaran menaik saya, iaitu pada tahap 91. sokongan jangka pendek pula didapati terletak pada tahap 88.80 dan dibawah tahap tersebut adalah pada tahap 88.40. Rintangan berada pada tahap 89.



Carta mingguan seperti yang digambarkan di atas terus meningkat mensasarkan ke tahap 91. Sokongan mingguan yang terletak pada tahap 86.70 kian meningkat dan saya percaya bahawa penembusan harga di bawah tahap ini akan mengesahkan berakhirnya pergerakkan menaik harga daripada tahap 79.75. Walau bagaimanapun, tanda pembalikan harga yang pertama akan hadir jika indeks Dollar menembusi dan menutup di bawah 87.50 pada minggu ini. Aliranmenaik dilihat kekal mendominasi dan saya menjangkakan bahawa akan terdapat penarikan semula harga dan tahap tinggi baru. Saya tetap memihak kepada aliran menaik selagi harga berada di atas 87.50.